Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang
terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati
dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama
melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.
Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi,
apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin
Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun
1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau
adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada
tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut
(Taiping).
Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena
daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di
tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14).
Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung
Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung,
seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau,
daerah Kerian.
Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu
keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah
Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang
strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang
bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki
bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah
pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai
untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis,
cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai
dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani
yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi
satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani
seperti di bawah :
Ayun pak pek pak pong, Gulai asam pedas, Pakai baju tampung, Lenggang
bagai duras, Duras buaya kampung, Hilir-hilir mudik, Mana kampung kita,
Balik sana bukit!
Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat
pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri
daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang
Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning,
Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di
Baling dan juga Sik.
Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti
Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar
Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain
itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali
sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau
Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik
sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986. Selain itu, antara
orang terkenal ialah Ustaz Kazim Elias al-hafiz yang lebih dikenali
dengan gelaran UKE dan ustaz youtube.
I am Perakian
perak
Sabtu, 28 Jun 2014
Asal usul nama Negeri Perak
Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.
- Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.
- Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
- Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak.
- Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.
Selamat Datang Yob & Yong
Selamat datang ke laman blog ini...Sapa2 yg berminat tentang negeri Perak kite ni bolehla jengok2 kat blog...blog ni menyediakan info2 tntang peradaban dan juga masyarakat di negeri Perak ni selain nk promosikan negeri kita di mata dunia......
Untuk info2 yg lebih lanjut sila like page ni...https://www.facebook.com/perakian2u
Untuk info2 yg lebih lanjut sila like page ni...https://www.facebook.com/perakian2u
Langgan:
Catatan (Atom)