Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.
- Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban).
Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu
ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat
untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan
memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi
didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun
dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah
satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman
nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak.
Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri
baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak
belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru
ini mempunyai Raja yang berdaulat.
- Hikayat Merong Mahawangsa
pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan
cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi
meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai
sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau
empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok
dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan
menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan
busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh
terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka
dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya
dinamakan Negeri Perak.
- Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak.
- Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.
Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama '
Negeri Perak'
itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan
dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri.
Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin
bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun
1511 dan munculnya kuasa-kuasa
Portugis,
Acheh,
Bugis,
Siam,
Minangkabau,
Belanda dan akhir sekali
Inggeris di merata perairan Nusantara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan